Wednesday, September 29, 2010

Syarat-syarat Pos Bungkusan (Parcel Pos) Pos Laju

Salam Sejahtera,

Saya sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima tempahan yang melibatkan penghantaran melalui Pos bungkusan. Justeru, saya ingin menerangkan sedikit tentang syarat-syarat pos bungkusan pos laju.

Pengenalan:

Khidmat pos bungkusan biasanya digunakan apabila terdapat pelanggan-pelanggan yang menempah tidak duduk di kawasan penghantaran saya. Lihat sini untuk melihat kawasan tersebut.

Maka, jika terdapat pelanggan yang datang dari Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak dan lain-lain. Pos Bungkusan (Parcel) akan digunakan.

Syarat:

1. Berada di kawasan-kawasan selain daripada kawasan-kawasan ini.
2. RM 10-20 deposit diperlukan untuk caj pos.
3. Baki akan dikembalikan. Contoh: Jika caj penghantaran adalah RM 6.50. Maka RM 3.50 akan dipulangkan.
4. Pilihan Pos Laju adalah menjadi keutamaan. Jika Pos Laju terlalu mahal untuk ditampung oleh pelanggan, Pilihan Pos Biasa boleh digunakan (Mengikut keselesaan pelanggan).
5. Syarat-syarat ini adalah mengikut kadar yang terkini pada tarikh posting ini di hantar (29.09.2010) dan boleh dipinda mengikut keadaaan semasa.

Diharap dengan syarat-syarat ini, pelanggan dapat memahami bagaimana proses pos bungkusan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com