Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak 1 tahun lebih yang lalu, saya telah bermula era untuk mendapat hobi untuk bermain RC Helicopter. Dan sehingga sekarang saya masih lagi bermain helicopter (Termasuk menjualnya).
Jadi dari pengalaman ini, saya ingin berkongsi sedikit demi sedikit pengalaman yang telah saya lalui sepanjang bermain RC Helicopter dari kategori Toys, sehinggalah ke kategori Hobby.
Mungkin ramai yang tidak faham kenapa RC Helicopter ini mempunyai kategori Toys dan Hobby. Disini ingin saya pecahkan supaya mereka yang minat kepada RC Helicopter ini lebih memahaminya.
Kategori Toys:-
1. 3 Channel dan 4 Channel
Kategori ini adalah kategori yang paling mudah untuk dipelajari. Biasanya kategori ini terdiri daripada class 3 Channel dan 4 Channel (jarang ada 4 Channel).
2. RTF (Ready to Fly)
Biasanya, kategori Toys semestinya RTF. Maksudnya, BELI - MASUK BATERI - TERUS FLY.
3. Spare Part Susah Cari
Selain itu, spare part untuk kategori Toys ini juga agak susah untuk di cari (Walaubagaimana pun, NasToysShop sentiasa memastikan produk yang dijual adalah dalam kategori yang paling banyak spare part)
4. Jarang di repair
Kategori toys juga biasanya amat jarang untuk diperbaiki, kerana spare part yang susah cari dan kepakaran yang amat limit. Walau bagaimanapun, terdapat juga pakar itu di Malaysia.
5. Contoh:-
Avatar F103 4 Channel Helicopter
Shuang Ma 9100
Syma S111G
Kategori Hobby:-
1. 4 Channel & 6 Channel
Biasanya Hobby adalah 4 Channel dan 6 Channel.
2. Pasang Sendiri
Hobby juga biasanya kita beli, kita pasang sendiri. dan FLY. Ada juga yang RTF, ARF dan BNF. (Terma-terma ini akan saya ceritakan nanti).
3. Spare Part yang Mudah di cari
Bergantung juga kepada brand yang dibeli. Biasanya peminat RC Helicopter akan membeli yang lebih mudah untuk mencari spare part, seperti Align, Tarot, dan sebagainya.
4. Contoh:-
Tarot 450 Pro
Tarot 450 Sport
Tetapi tujuan pos "RC Helicopter 6 Channel" ini bukanlah untuk membezakan kategori Toys atau Hobby. Tujuannya adalah untuk bercerita, pengalaman bermain RC Helicopter 6 Channel itu sendiri.
Nantikan pos saya yang seterusnya, terima kasih kerana sudi membaca.
Sekian, terima kasih.
Nas
017-6910014
nasruled@yahoo.com
Siri RC Helicopter 6 Channel:-
Part 1
Part 2
Part 3
No comments:
Post a Comment