Tuesday, September 20, 2011

RC Helicopter 6 Channel - Part 2 - Berhijrah Ke 6 Channel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah selepas hari pertama pos berkenaan RC Helicopter 6 Channel saya di siarkan, saya mendapat lebih banyak pengunjung. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menulis mengenai pengalaman bermain RC Helicopter 6 Channel.


Syma S107G
 Saya bermula dengan Syma S107G. RC Helicopter 3 Channel yang paling lasak pernah saya guna. Dan saya terus bermain dengan seronok. Sehinggalah suatu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan yang membeli Walkera V400D02 (6 Channel Helicopter).





Walkera V400D02
 Sepanjang saya menjual Walkera V400D02, saya tidak pernah menerbangkan RC Helicopter 6 Channel mahupun melihat Heli 6 Channel itu terbang. Apa yang saya tahu, 6 Channel Heli, boleh terbang terbalik.

Setelah berborak panjang dengan beliau, dan melihat beliau menerbangkan heli tersebut, saya amat teruja.



Sehinggalah beliau menyindir saya, "aiyaa... lu jual heli tapi lu tak reti main ka?". kata-kata itu amat mencabar saya.

Dan saya membuat keputusan untuk belajar RC Helicopter 6 Channel. Saya terus membuat research tentang cara-cara menerbangkan RC Helicopter. dan RC Helicopter 6 Channel pertama saya adalah Trex 450 V2 (Clone).




Inilah gambaran RC Helicopter 6 Channel pertama saya. (sama model, tapi heli ini bukan heli saya, cuma heli ini yang pernah saya jual)

Sampai disini saja dulu pos saya untuk kali ini. nantikan pos RC Helicopter 6 Channel Part 3, "Payahnya Main 6 Channel". Pengalaman dimana setiap peminat RC Helicopter 6 Channel akan lalui.

Sekian, terima kasih.

Nas
017-6910014
nasruled@yahoo.com

Siri RC Helicopter 6 Channel:-

Part 1
Part 2
Part 3

1 comment:

My Ping in TotalPing.com