Thursday, September 22, 2011

RC Helicopter 6 Channel - Part 3 - Susahnya Main 6 Channel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam siri "RC Helicopter 6 Channel". Edisi kali ini saya ingin bercerita tentang bagaimana susahnya hendak menerbangkan RC helicopter.

Tidak seperti RC helicopter 3 Channel dan 4 Channel. 6Ch helicopter lebih banyak menggunakan pergerakan jari, penggunaan mata yang tajam, tahap fokus yang tinggi dan latihan berterusan yang mengikut tatacara yang betul. Dan ingin saya tegaskan disini, RC Helicopter 6 Channel ini,

"SAMA SEPERTI HELICOPTER YANG SEBENAR".

 "AMAT BAHAYA DAN BOLEH MENCEDERAKAN SEHINGGA MEMBUNUH".

"AMAT BERBEZA DENGAN 3Ch & 4Ch"

Melihat kepada kenyataan yang ketiga, 6Ch tidak seperti 3Ch & 4Ch (Toys), kerana Toys akan terbang dengan LURUS, TEGAK, STABIL.

6Ch. SENGET, MENGERENG dan TIDAK STABIL.

Inilah perkara yang amat berkait rapat RC Helicopter 6 Channel.

Jangan jadi macam saya, dan orang-orang lain yang mempunyai pengalaman seperti ini. "Kononnya nak main 6Ch, sekali fly tak sampai 10 saat dah crash. lepas tu repair sendiri, macam pandai.".

Itulah pengalaman saya, 10 saat pun tak sampai, dah crash. hampir 10 kali, repair, crash, repair, crash. repair, crash. Apa ni?? susahnya nak main 6 Channel...

Dengan itu disini ingin saya senaraikan apa yang perlu kita tahu sebelum menjejaki ke alam RC helicopter 6 Channel:-

1. Join Flying Site dan Forum

Keluarlah, RC helicopter 6 Channel akan menjadi lebih seronok apabila kita mula bergaul dengan orang. lebih banyak pengalaman, dan pendapat. Dan sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk fly. dan Masuklah mana-mana Forum untuk tujuan perkongsian pendapat.

2. Setup RC Helicopter dengan betul

Sebelum kita fly, seharusnya kita memerlukan satu rc helicopter yang betul settingnya, electronic yang dipercayai, parts yang selamat, mechanical yang betul, setting yang betul. Semua perkara kesalamatan mesti di ambil kira. Setting pada remote betul.

Jika anda tidak tahu, jangan buat-buat tahu, minta bantuan daripada yang lebih arif tentang setting, dan belajarlah daripada mereka.

Dan berikan kepada mereka yang lebih arif, untuk membuat ujian / test fly ke atas heli anda dahulu.

3. Training di Simulator

Simulator adalah antara componen terpenting, training dulu di simulator sehingga mahir. dan dapatkan simulator yang sesuai dan berkualiti. Dengan simulator, anda akan lebih cepat belajar. (dengan latihan yang banyak).

4. Ikut "learning curve" yang betul.

Belajarlah mengikut step-step yang betul, dari Hover, Landing, Forward, Side Hover, Nose in, Figure 8, dan sebagainya. Pastikan anda belajar HOVER yang pertama. Profesional juga start dengan HOVER. Memang membosankan, tapi percayalah, daripada Basic lah datangnya Advance.

5. Beli Tools yang Betul dan Lengkap

Dari hari ke hari, skill kita akan bertambah, movement baru akan dipelajari, dan crash lebih kerap. Jadi menyediakan tools yang lengkap adalah wajib bagi setiap pilot, kerana sampai bila nak minta orang repairkan? atau hantar kedai? Jadi sediakanlah tools yang selengkapnya. Agar pembelajaran kita tidak terkandas disebabkan tak tau repair atau tak cukup tools.

Ada banyak lagi yang perlu kita ambil tahu tentang RC Helicopter, makin hari, kita akan terus belajar. Saya bukanlah pakar, cuma sekadar berkongsi pengalaman sendiri agar pendatang baru tidak buat kesilapan seperti yang telah saya lakukan.

Sampai disini sahaja untuk pos kali, sehingga kita bertemu lagi untuk siri "RC Helicopter 6 Channel" yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Nas
017-6910014
nasruled@yahoo.com

Siri RC Helicopter 6 Channel:-

Part 1
Part 2
Part 3

4 comments:

  1. Salam,

    Saya juga macam bro, mula2 main heli 3ch lepas beli 6ch. Ingat main 6 ch tu senang. hari pertama dah crash.

    Mohsin

    ReplyDelete
  2. Salam sya pulak belum apa apa lagi dah crash..belum naik lagi heli tu he he...petik suis 3d punya pasai mengelupor heli tu atas rumput.sekali repair dekat 4 ratus.lepas tu baru mula belajar 3 x jatuh dah.rabok duit yop.dan sekarang baru la ok sikit he he hover2 je.

    ReplyDelete
  3. Slm..nampaknya..saya pun sama..mula dgn heli 3 channel..rasa mcm dah terrer..terus beli 6 channel wltoys v977..try hover pun susah...mula2 try dlm rumah...nak setting hover debug..rasa susah psl ruang sempit..cuba kat luar rumah..naik x sampai 5 min...angin kuat sapu...terus crash..nasib baik jatuh atas pokok....try hover semula..heli dah x stabil...asyik turn left jer..pening kepala nak repair..sepatutnya saya try 4 channel dulu..

    ReplyDelete
  4. Sekarang sudah boleh fly sport...tanpa crash...pengalaman yg lps..crash dlm 8x..lps tu ok..cuma skrg baru beli simulator belajar 3d pulak.

    ReplyDelete

My Ping in TotalPing.com