Thursday, October 14, 2010

Newbie atau pendatang baru dalam bidang RC Helicopter

Salam Sejahtera,


Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi melayari blog saya ini. Tidak kira dimana anda berada. dan berapa tinggi tahap anda dalam hobi RC Toys ini lebih-lebih lagi RC Helicopter.

Terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan saya yang tidak putus-putus memberi semangat dan meningkatkan jualan saya. Kepada yang sudah recommend kepada kawan-kawan juga, saya ucapkan terima kasih.

Tujuan post kali ini adalah sebagai makluman. Bahawa, blog ini adalah blog yang menjual produk RC Toy (terutama RC Helicopter). Pilihan Brand yang diutamakan adalah brand yang terbaik (terbaik dikalangan brand-brand RC Helicopter).

Manakala tahap RC helicopter yang dijual adalah:-



1. Below Beginner (Dibawah tahap permulaan)
  • Tahap ini hanya sebagai permulaan kepada hobi ini. Bagi mereka yang baru bermula dan hanya berjinak-jinak dengan hobi ini dan mempunyai bajet yang rendah.
  • Sebab: Mereka yang berada ditahap ini tidak akan pernah terfikir tentang sistem helicopter itu dan bagi mereka, helicopter yang dimain perlu boleh terbang dan stabil.
  • Model RC Helicopter yang di cadangkan adalah Syma S107
2.  Beginner in Future (Bakal Bermula)
  • Tahap ini boleh pula bagi mereka yang sudah mula terfikir untuk menjadikan hobi RC Helicopter ini sebagai satu hobi yang tetap.
  • Sebab: Mereka yang berada ditahap ini merasakan hobi RC Helicopter perlu mempunyai Helicopter yang bersaiz besar dan mudah dikawal.
  • Model RC Helicopter yang dicadangkan adalah Syma S006G / Syma S032G
3. Beginner (Permulaan)
  • Tahap ini pula bagi mereka yang sudah sedar bahawa hobi ini merupakan hobi yang mencabar dan menyeronokkan.
  • Sebab: Mereka ditahap ini sedar bahawa RC Helicopter yang bakal dikawal amat memerlukan kesabaran. Dan banyak yang perlu dipelajari, termasuklah dari segi teknikal, elektrik, wiring, dan lain-lain.
  • Model RC Helicopter yang dicadangkan adalah E-Sky Lama V4 ada juga yang mencadangkan E-Sky Belt CP V2 
 Maka jelas dengan ini bahawa blog saya menjual produk-produk bagi tahap beginner dan sebelumnya. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk membeli produk saya. Sila Klik di sini untuk melihat senarai produk.

*Tahap-tahap di atas adalah idea saya dan pengalaman rakan-rakan forum. Kenapa sehingga beginner sahaja? Sebab tahap saya adalah Beginner.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

My Ping in TotalPing.com